.

Pihak pengurusan surau al-Ikhlas amat mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan bahan, pokok hiasan, wang atau apa jua bentuk sumbangan yang bertujuan untuk menceriakan surau ini.
Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh disalurkan kepada Hj. Abdullah bin Zaini, pengerusi surau al-Ikhlas (no. h/p : 013-7780213)

Wednesday, May 23, 2012

Aktiviti surau terus diatur sepanjang 2012

Barisan jawatankuasa pengurusan surau al-Ikhlas proaktif dalam menganjurkan pelbagai program bagi menarik kariah untuk mengimarahkan surau. Taniah diucapkan kepada para muslim serta muslimah yang sudi berkunjung, bukan sahaja beribadah tetapi melibatkan diri dengan aktiviti yang pihak kami anjurkan. 


TERIMA KASIH

Friday, October 1, 2010

Seruan Membayar Zakat

"Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati peakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu (kepada Allah)"

makud hadis bu Daud t-Tabrani & Al-Baihaqi

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Barisan jawatankuasa surau al-Ikhlas ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat, khususnya ahli kariah surau al-Ikhlas. Semoga kehadiran bulan yang mulia ini bersama kita melipat gandakan ibadah serta sedekah.
SELAMAT BERPUASA

Thursday, August 5, 2010

Sekitar Majlis Sambutan Israk Mikraj 1431 H

Majlis jamuan ringan selepas solat Isyak berjemaah


Penceramah jemputan


Tukang masak mencuba resepi "sup ayam" setia jaya......



Wednesday, July 7, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1431 H / 2010

TARIKH : 25 REJAB 1431 /8 JULAI 2010
HARI : KHAMIS
MASA : 7.45 MALAM
TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS, TAMAN MAJU
PENCERAMAH : USTAZ CHE' ADNAN BIN CHE' MOHAMAD
(PENSYARAH UTHM, PARIT RAJA BATU PAHAT)
SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN INI.

Saturday, June 19, 2010

KECERIAAN

Pihak pengurusan surau al-Ikhlas
amat mengalu-alukan bantuan daripada
mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan
bahan, pokok hiasan, wang atau
apa jua bentuk sumbangan yang bertujuan
untuk menceriakan surau ini.
Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh disalurkan kepada Hj. Abdullah bin Zaini,
pengerusi surau al-Ikhlas (no. h/p : 013-7780213)

MASJID AL-RAYAH, MAKKAH


Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan bahawasanya Rasulkllah s.a.w. mengarahkan supaya bendera tentera Islam dipacakkan di kawasan Hujjun. Ibnu Hisyam pula meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah masuk ke kota Makkah pada Hari Pembukaan itu dari arah sebelah atas Makkah melalui kawasan Kada'. Sebuah kubah telah dibina di situ sebagai tanda.

Kemudiannya Abdullah bin Abbas bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas r.a. telah membina masjid di tempat tersebut yang dikenali sebagai Masjid Al-Rayah (bendera) pada masa kini. Masjid ini telah diperbaharui binaannya yang terletak atas kawasan Makkah iaitu bahagian Mudda'a, dekat jalan Ghazzah. Jaraknya dari Ka'abah mengikut jalan garis lurus ialah 550 meter.

Masjid ini terkenal dengan nama Masjid Al-Judriyah kerana terletak di kawasan bernama Al-Judriyah di Ghazzah. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Kucing dalam kalangan para jemaah haji dari Malaysia.