.

Pihak pengurusan surau al-Ikhlas amat mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan bahan, pokok hiasan, wang atau apa jua bentuk sumbangan yang bertujuan untuk menceriakan surau ini.
Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh disalurkan kepada Hj. Abdullah bin Zaini, pengerusi surau al-Ikhlas (no. h/p : 013-7780213)

Saturday, June 19, 2010

MASJID AL-RAYAH, MAKKAH


Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan bahawasanya Rasulkllah s.a.w. mengarahkan supaya bendera tentera Islam dipacakkan di kawasan Hujjun. Ibnu Hisyam pula meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah masuk ke kota Makkah pada Hari Pembukaan itu dari arah sebelah atas Makkah melalui kawasan Kada'. Sebuah kubah telah dibina di situ sebagai tanda.

Kemudiannya Abdullah bin Abbas bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas r.a. telah membina masjid di tempat tersebut yang dikenali sebagai Masjid Al-Rayah (bendera) pada masa kini. Masjid ini telah diperbaharui binaannya yang terletak atas kawasan Makkah iaitu bahagian Mudda'a, dekat jalan Ghazzah. Jaraknya dari Ka'abah mengikut jalan garis lurus ialah 550 meter.

Masjid ini terkenal dengan nama Masjid Al-Judriyah kerana terletak di kawasan bernama Al-Judriyah di Ghazzah. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Kucing dalam kalangan para jemaah haji dari Malaysia.

0 comments:

Post a Comment